Ubat Gigi Miswak dengan ekstrak semulajadi kayu sugi dan berkesan dalam memberikan anda keyakinan serta penjagaan mulut yang optimum. Seiring dengan kehendak Syarak, formula semulajadinya:
• Membersih dengan berkesan untuk memutihkan gigi
• Mencegah kerosakan gigi
• Melindungi gigi daripada kaviti
• Mencegah plak gigi
• Menyegarkan nafas
KEBAIKAN & KHASIAT KAYU SUGI / SIWAK
• Membersihkan Mulut
• Menjadi Sebab Keredhaan Allah
• Menyebabkan Syaitan Marah
• Allah Dan Malaikat Mengasihi Orang Yang Bersugi
• Menguatkan gusi
• Menghilangkan Kahak
• Mewangikan Mulut
• Menghapuskan Safra’(Sejenis Penyakit).
• Menguatkan Penglihatan
• Menghilangkan Bau Busuk Mulut
Selain daripada semua kelebihan di atas, bersugi adalah SUNNAH RASULULLAH.
WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERSUGI:
1. Ketika Hendak Solat
2. KEtika Hendak Membaca Al-Quran
3. Ketika Hendak Bersama Isteri
4. Ketika Hendak Tidur
5. Ketika Berwudhuk
6. Selepas Makan
7. Selepas Bangun Tidur
SEJARAH SIWAK
Beraneka ragam peralatan sederhana digunakan untuk membersihkan mulut dari sisa-sisa makanan, mulai dari batang kayu, ranting pohon, kain, bulu burung, tulang haiwan hingga dari landak. Antara peralatan tradisional yang perlu diketahui sebagai pembersih gigi dan mulut adalah kayu siwak (Salvadora persica). Siwak (Chewing Stick) telah digunakan oleh masyarakat Babilonia semenjak 7000 tahun yang lalu, yang kemudian digunakan pula di zaman Kerajaan Yunani dan Romawi, Yahudi, Mesir dan Kerajaan Islam. Penggunaan chewing stick (kayu kunyah) berasal dari tanam-tanaman yang berbeza-beza pada setiap negera.
Di Timur Tengah, sumber utama yang sering digunakan adalah pohon arak (Salvadora persica), di Afrika Barat yang digunakan adalah pohon lemon (Citrus aurantifolia) dan pohon limau (Citrus sinesis). Akar tanaman Senna (Cassiva vinea) digunakan oleh orang Amerika berkulit hitam, Laburnum Afrika (Cassica sieberianba) digunakan di Sierre Leone serta Neem (Azadirachta indica) digunakan secara meluas di benua India.
Emslie (1996) cit Babay (1999) melaporkan untuk pertama kalinya adanya prevelensi karies lebih rendah pada pengguna siwak dibandingkan dengan pengguna berus gigi biasa di Negara Sudan. Baghdady dan Ghose (1979) cit Babay (1999) juga melaporkan prevelensi karies yang rendah pada anak-anak sekolah di Negara Sudan akibat dari penggunaan siwak. Pada penelitian Almas, Skaug dan Ahmad (2004) ekstrak siwak memiliki daya antibakteria terhadap Streptococcus mutans dan Streptococcus faekalis.
Kelebihan siwak dalam membersihkan gigi dan mulut menurut Hardie dan Ahmed (1995) cit Darout, Skaug (1995) disebabkan oleh kesan mekanik dari serat-serat batang dan siwak mampu melepaskan zat aktif yang sangat bermanfaat. Hal ini mungkin merupakan jawapan terhadap prevelensi karies yang rendah di Sudan. Secara in-vitro menurut laporan Al-lafi dan Ababneh (1999) cit Darout et al (2001) siwak dapat menginhibisi (menghambat) pembentukan plak gigi, pertumbuhan dan produksi asid oleh beberapa bakteria kariogenik.
WHO pada tahun 1984 dan Consensus Statement on Oral Hygiene (2000) menganjurkan penggunaan chewing stick (kayu sugi) kerana efektivitasnya dalam menghilangkan plak dan mencegah karies gigi.
Komposisi Siwak Mempunyai Kesan Berikut:
1. Trimethylamine berguna untuk menghilangkan karang gigi dan stain (kotoran),
juga sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan mampu menstimulasi gingiva.
2. Chloride sebagai penghalang pembentukkan calculus dan membantu menghilangkan
stain ekstrinsik dari gigi.
3. Flouride berfungsi untuk memperkuat enamel gigi, mendukung remineralisasi
sehingga mencegah terjadinya karies gigi. Ion flouride juga membentuk kesan
penghalang terhadap pertumbuhan bakteria pada plak gigi.
4. Silika suatu bahan abrasif yang berfungsi membantu membersihkan gigi kerana
silika bekerja sebagai bahan pembersih yang dapat menghilangkan kotoran.
5. Vitamin C membantu penyembuhan dan perbaikan jaringan gusi.
6. Tannin atau molekul phenolic yang mengandung zat astrigen yang dapat melindungi
gingiva.
7. Saponin mempunyai sifat seperti sabun yang dapat melarutkan kotoran, dan dapat
digunakan sebagai anti-inflamasi (peradangan) dan anti-mikrob.
8. Flavonoids berfungsi menguatkan gingiva dan dapat mengurangi inflamasi (radang)
9. Sterol dapat mengurangi penumpukan plak.
10. Salvadorine berfungsi sebagai anti-bakteria, anti-inflamasi dan gingiva
stimulating.
11. Resins adalah produk amorphous yang membentuk lapisan pelindung untuk
mencegah gigi dari karies.
12. Sulfur bau dan rasanya yang pedas digunakan untuk melindungi gigi dari karies.
13. Komponen anionik antibakteria adalah sulphate (SO42-), chloride (Cl-) dan
thiocyanate (SCN-).
Peranan Siwak Sebagai Anti-Karies
Almas dan Al-Zeid (2004) meneliti in-vivo kesan antibacterial yang cepat terhadap Streptococcus mutans dengan menghitung koloni bacteria dalam saliva pada subjek pengguna siwak, ekstrak siwak 50%, berus gigi, dan normal sanlin. Pengukuran menggunakan Vivacare (Caries Risk Test). Hasil penelitian menyimpulkan bahawa ekstrak siwak 50% mampu menurunkan kadar hitungan bacteria Streptococcus mutans dalam saliva dan menunjukkan penurunan bermakna Streptococcus mutans yang lebih besar pada penguna siwak dibandingkan penguna berus gigi biasa.
Cara Penggunaan Siwak
Orang menggunakan siwak dalam bentuk batang atau stick kayu dengan cara:
1. Batang atau cabang siwak dipotong berukuran pensil dengan panjang 15-20 cm.
Stick kayu siwak ini dapat dipersiapkan dari akar, tangkai, ranting, atau batang
tanamannya. Stick dengan ukuran diameter 1 cm dapat di gigit dengan mudah dan
dapat memberikan tekanan yang tidak merusak gusi apabila digunakan.
2. Kulit dari stick siwak ini dihilangkan atau di buang hanya pada bahagian hujung
stick yang akan di pakai sahaja.
3. Siwak yang kering dapat merusak gusi, sebaiknya direndam dalam air segar
selama 1 hari sebelum digunakan. Selain itu, air tersebut juga dapat digunakan
untuk kumur-kumur.
4. Bahagian ujung stick siwak yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau
dikunyah-kunyah sampai berjumbai seperti berus.
5. Bahagian siwak yang sudah seperti berus digosokkan pada gigi, dan boleh
digunakan untuk membersihkan lidah.
Dengan pesatnya perkembangan teknologi dan ilmu pengetahuan moden maka siwak digunakan dengan cara diolah dahulu kemudian ekstraknya dimasukkan dalam ubat gigi. Suryadi et al (2006) menunjukkan bahwa ubat gigi siwak mampu menginhibisi (menghambat) strain lokal Streptococcus mutans yang diisolasi dari gigi manusia.
Kelebihan Kayu Sugi (Siwak)
1) Kayu siwak terdiri daripada beberapa ciri yang boleh kita dapati daripada “gall
tree”(3) yang dipercayai sebahagian daripada bahagian tumbuhan atau pokok yang
secara saintifiknya mempunyai bahan anti-kulat juga sebagai bahan lawas untuk
penghadaman. Malah kini terkenal di dalam penggunaan anti pengaliran darah
(pembekuan darah). Namun Doktor Abdullah Abdul Razak menegaskan bahawa kayu
siwak adalah bersih serta ciri-ciri yang terkandung di dalamnya boleh
membersihkan gusi serta gigi manusia serta merawat luka kecil yg terdapat pada
gigi kita serta menghalang pengaliran darah daripadanya.
2) Bahan yang terdapat di dalam siwak mempunyai perkaitan dengan sejenis minyak
yang dinamakan “Sinigrin”(4) (minyak biji sawi @ mustard). “Sinigrin” ini juga
digunakan di dalam pembuatan sejenis agar-agar yang digabungkan dengan gula
yang boleh kita dapati daripada buah anggur. Namun dengan penggunaan sejenis
enzim “Myrosinaze enzymes” dapat memisahkan agar-agar itu kepada dua
komponen semula, iaitu minyak “Sinigrin” dan gula anggur. Hasil minyak ini baunya
cukup kuat malah rasanya pahit dan hangat, seperti apa yang dirasai oleh sesiapa
yang baru pertama kali menggunakan kayu siwak. Kajian turut membuktikan
bahawa bahan ini boleh membantu dalam membunuh beberapa jenis kuman.
Semoga setiap yang menggunakannya akan mendapat kebaikkan masing-masing.