Friday, November 4, 2011

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB SIAPA SEBENARNYA??



Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...


Kali ini saya nak kongsi pandangan saya berkaitan isu HALAL. Sebenarnya isu ini sangat sensitif dan merupakan perkara yang perlu dititik beratkan oleh semua Muslim. Tanggungjawab yang berat seperti ini tidak seharusnya diserahkan kepada negara, pengilang ataupun pengendali makanan itu sendiri. Hal ini sepatutnya dikongsi bersama demi memelihara akhlak dan moral masyarakat agar tidak terpedaya atau tertipu dengan perkembangan industri semasa.


Isu ini boleh dianggap sangat penting dan patut diketahui oleh semua orang. Sebab larangan mengambil makanan haram pasti ada maksud tersirat disebaliknya. Perlukah dibuktikan setiap yang haram itu dan barulah hendak sedar.. Sebenarnya, sebagai muslim, apa yang disarankan Al-Quran dan Sunnah adalah yang terbaik dan tak perlu dipersoalkan lagi.


Halal JAKIM
JAKIM merupakan salah satu badan kerajaan yang mengeluarkan penganugerahan Pensijilan Halal Malaysia (PHM). Tapi pernahkah kita fikir, sejauh mana jaminan yang boleh diberikan oleh JAKIM itu sendiri berkaitan isu ini. Contoh tentang penggunaan kod E (Emulsifier) dalam industri makanan. Bagi jakim, jika penganugerahan Halal itu diberikan kepada mana-mana premis, hendaklah kita percaya dan yakin bahawa produk itu sememangnya halal walaupun tertera kod yang meragukan pada label pembungkusannya. Benarkah??


Contoh kes baru-baru ini ialah isu makanan ringan Keropok Rota yang dikatakan mempunyaim kod E yang diistilahkan sebagai haram dan tidak boleh diambil. Tetapi setelah dirujuk dengan JAKIM, mereka menyatakan bahawa produk tersebut telah disahkan halal kerana sumber bahan mentah bagi kod E tersebut adalah dari tumbuhan. Ini sebenarnya telah mengelirukan pengguna. Cuba bayangkan, contoh Kod E4++, boleh dihasilkan dengan menggunkan bahan mentah dari sumber haiwan dan juga tumbuhan. Yang sumbernya dari tumbuhan sememangnya halal manakala yang sumbernya dari haiwan pula adalah haram. Masalah di sini ialah, bagaimana caranya utnuk membezakan sumber keduanya. Langsung tidak diwujudkan. Sepatutnya peranan ini dimainkan oleh bahagian akta makanan. Mereka sepatutnya menyarankan agar sumber bahan mentah juga wajib dinyatakan pada label makanan/pembungkus makanan bagi mengelakkan kekeliruan dan keraguan seperti ini. Contoh/ Krimer bukan tenusu (kelapa sawit). Hal ini lebih jelas dan mudah dikenalpasti.


Penyalahgunaan Logo Halal JAKIM Malaysia.
Setakat hari ini sudah berapa produk yang dikenakan tindakan daripada JAKIM akibat penyalahgunaan logo. Boleh dibilang sahaja jumlahnya. Ini boleh menimbulkan keraguan kepada pengguna dari segi ketelusan mereka dalam menjalankan tugas. Bukan hendak menyalahkan, tapi tiada langsung sikap kesungguhan yang ditunjukkan untuk menangani masalah ini. Produk sebegini cukup banyak dipasaran sekarang. Mohon berhati-hati dengan teknik sebegini.


Contoh Logo Halal Swasta Yang Bakal Diharamkan Awal Januari 2012.



Logo Halal Luar Negara Yang Diterima Oleh JAKIM




Semoga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua.
Sumber : Nizar PCNT