Monday, October 31, 2011

TIADA LOGO HALAL LAIN SELAIN JAKIM MULAI 2012

Alhamdulillah..
Akhirnya pihak JAKIM buka mata juga dengan masalah ini. Sebenarnya sudah lama masalah ini timbul memandangkan begitu banyak logo halal dipasaran termasuk yang menggunakan bahan mentah seperti khinzir juga diletakkan logo halal.


Paling membimbangkan ialah penggunaan logo halal dari JAKIM adalah sangat berleluasa tanpa pemantauan yang serius dari pihak JAKIM. Ini sedikit sebanyak merupakan penipuan yang terbesar terhadap umat Islam dunia

Saturday, October 29, 2011

RADIX MOCHA KOPI PRACAMPURAN



RADIX MOCHA adalah salah satu produk yang terlaris di pasaran. Produk ini dihasilkan melalui pencampuran kopi (Robusta) dengan serbuk koko. Aromanya yang harum dan wangi boleh membuatkan sesiapa sahaja tertawan. Produk hebat ini juga diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Amat berpotensi tinggi untuk menggantikan produk lain dipasaran. Selain dirumus khas dengan herba-herba terpilih, produk ini juga murah dan amat berpatutan serta mudah dipromosikan.InsyaAllah, berkat kesungguhan kita semua, produk ini mampu berdiri dipasaran setanding dengan produk-produk lain.

Harganya cuma RM27.00 (Pengguna) dan RM22.00 (Pengedar)

SYARAT-SYARAT MELAYAKKAN PESERTA PKLP MENDAPAT PANGKAT PLX TAHUN 2011-2012

    Syarat-syarat:
  1. Hadir kursus pada tarikh yang ditetapkan.
  2. Membayar yuran pendaftaran ahli RM10.00 sahaja. Yuran ini hanya sah pada hari program sahaja.
  3. Mengikuti program sepenuhnya. Tidak dibenarkan sama sekali untuk menghantar wakil kecuali ada surat rasmi/sijil sakit.
  4. Peserta di bawah 17 tahun tidak layak mengikuti program.
  5. Tidak mengira pangkat dan bukan ahli juga boleh turut hadir.
  6. Membuat pembelian seperti berikut:
     i)   Belian syarat 50NM dibuat pada hari program sahaja.
  • Pastikan borang maintain 50NM (borang warna hijau) perlulah diisi dan diserahkan pada hari program bersama salinan invois.
  • Pastikan invois asal ditulis “PKLP”.

    ii)  Semua jenis produk boleh diambil kira sebagai syarat maintain 50NM.
  •  Syarat penyertaan diatas adalah tertakluk kepada perubahan semasa pihak syarikat.

JAKIM Barcode System

Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang status halal sesuatu produk silakan cek produk tersebut menggunakan sistem barkod ini. Anda hanya perlu melihat barkod pada produk dan cek melalui link dibawah ini. InsyaAllah, segala kemusyhkilan anda akan terjawab. Ini bukan menunjukkan bahawa kita tidak harus mempercayai dengan logo JAKIM, tapi sebagai langkah berjaga-jaga kerana sekarang sudah banyak produk yang dikeluarkan menggunakan logo halal JAKIM dengan sewenang-wenangnya sehingga sekarang berada diluar kawalan JAKIM sendiri. Diharap tindakan positif ini, dapat menyelamatkan kita dari terus terhanyut.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

Klik link di atas dan masukkan nombor barkod produk dan semaklah dengan teliti.
InsyaAllah, "Produk Halal Tanggungjawab Bersama".

Friday, October 28, 2011

Herba Penawar Al Wahida (HPA)

11 Fakta Tentang Kopi Radix

1.  Pengurangan kafein dalam kopi radix tidak menggunakan bahan kimia methylene 
     chloride tetapi ianya dikurangkan oleh Akar Tebu Gajah(Albizza Myriophilla) yang 
     bersifat antidot yakni penawar racun.
2.  Walaupun kafein dan air panas boleh memusnahkan vitamin C, tetapi vitamin C dalam 
     kopi radix bersifat bioflavonoid (vitamin P) yang datangnya dari Akar Mengkudu Hutan 
     (Morinda Eliptika) tidak dimusnahkan.
3.   Agen antioksidan dalam kopi radix jauh lebih tinggi kerana ianya mengandungi Akar Halban 
     (Vitex Pubescen) yang lebih bersifat Antioksidan.
4.   Kesan afrodisiak (ghairah seks) dalam kopi radix ditingkatkan lagi dengan adanya Akar 
      Tongkat Ali yang mendapat paten antarabangsa (Eurycoma Longifolia)
5.   Kesan angin dalam kopi dapat ditawarkan oleh Akar Teja Lawang (Cinnamomum Inners) 
      yang dimasukkan dalam ramuan kopi radix.
6.   Akar Mata Pelanduk (Ardisia Crispa) dalam ramuan kopi radix dapat melancarkan 
      kencing sekaligus dapat menyingkirkan asid urik berlebihan didalam tubuh.
7.   Kopi radix dapat meningkatkan kadar metabolisma tubuh kerana Akar Larak Hutan  
      (Polyalthiya Hypolica) di dalam kopi radix dapat mengawal pengeluaran hormon 
      tyroksin. Akar Larak Hutan juga bersifat kardiotonik yakni menguatkan jantung dan 
      juga membanyakkan pengeluaran susu ibu bagi ibu yang menyusukan anak.
8.   Kopi radix tidak menggunakan aroma tiruan yang boleh menyebabkan kencing berbau 
      seperti kebanyakan kopi pracampuran lain dipasaran.
9.   Kopi radix boleh mendapatkan tidur yang berkualiti kerana Xeronin dalam Akar
      Mengkudu Hutan dapat meransang Sel T menghasilkan hormon Melatonin yang mengawal 
      kualiti tidur.
10.  Akar Tongkat Ali dalam kopi radix berusia lebih 20 tahun yang kaya dengan mineral 
      semulajadi seperti kalsium dan magnesium.
11.  Kopi radix juga dapat mengurangkan ketagihan merokok jika ada niat untuk berhenti  
      merokok.


Wallahualam. Semuanya ini dengan IZIN ALLAH jua. Kita merancang, Allah yang menentukannya. Allah yang menjadikan penyakit, Allah lah juga yang menyembuhkannya. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati :-)