Jika anda mempunyai sebarang keraguan tentang status halal sesuatu produk silakan cek produk tersebut menggunakan sistem barkod ini. Anda hanya perlu melihat barkod pada produk dan cek melalui link dibawah ini. InsyaAllah, segala kemusyhkilan anda akan terjawab. Ini bukan menunjukkan bahawa kita tidak harus mempercayai dengan logo JAKIM, tapi sebagai langkah berjaga-jaga kerana sekarang sudah banyak produk yang dikeluarkan menggunakan logo halal JAKIM dengan sewenang-wenangnya sehingga sekarang berada diluar kawalan JAKIM sendiri. Diharap tindakan positif ini, dapat menyelamatkan kita dari terus terhanyut.
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia
Klik link di atas dan masukkan nombor barkod produk dan semaklah dengan teliti.
InsyaAllah, "Produk Halal Tanggungjawab Bersama".