Thursday, December 8, 2011

UPM SAHKAN AYAM ORGANIK HPA TIADA UNSUR DNA BABI

Assalamualaikum..
Hari ini Bahagian R&D HPA telahpun menerima keputusan daripada makmal di UPM berhubung ujian Penentuan DNA Babi dalam produk ayam organik HPA. Hasil ujian telah membuktikan bahawa tiada unsur DNA Babi ditemui dan dijumpai sekaligus membuktikan bahawa produk ayam organik HPA bebas daripada sebarang perkaitan dengan bahan tersebut walaupun dari sumber makanannya. Alhamdulillah. Semoga para ahli dan pejuang HPA dapat menggunakan sijil ini bagi lebih menyakinkan lagi pelanggan anda.