Penggunaan kapsul kian berleluasa pada masa kini. Samaada dalam industri ubat-ubatan, hospital dan banyak lagi. Tapi sejauh manakah status kehalalannya kerana banyak bahan yang meragukan digunakan untuk menghasilkannya. Gelatin adalah bahan asas penghasilannya. sumbernya pula dari pelbagai jenis tulang haiwan seperti lembu, babi, kambing biri-biri dan juga tumbuhan. Kapsul yang diperbuat dari tumbuhan adalah lebih baik kerana tiada unsur binatang dan sememanganya halal tanpa perlu diragukan.Harganya pula terlalu mahal dan hanya produk yg mementingkan kualiti sahaja yang selalunya menggunakannya.
Tapi bagaimana pula dengan kilang-kilang dan syarikat-syarikat yg mengeluarkan produk ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan. Adakah kapsul yg digunakan itu halal atau tidak. Oleh sebab itulah HPA telah bertindak terlebih awal bagi menyakinkan pengguna tentang status kehalalannya. Kapsul yang digunakan oleh HPA sememangnya halal dan telah menjalani ujian penentuan DNA babi. Hasil ujian adalah sama seperti bagi ayam organik iaitu tiada unsur DNA babi. Alhamdulillah.
Ini membuktikan lagi bahawa kapsul yang kita gunakan hari ini tiada unsur gelatin babi, dan hanya unsur lembu ataupun binatang yang sememangnya halal dan disembelih dengan betul sebelum diproses menjadi kapsul.
Diharap ia dapat membantu anda semua. sekian..