Friday, December 2, 2011

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG STATUS HALAL FRANKFURTER/ HOT DOG JENAMA RAMLY


PDFCetakemel
Jumaat, 02 Disember 2011 05:52
1. Jakim melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak soalan dan aduan berkenaan status 
halal produk frankfurter jenama Ramly.
2. Susulan daripada aduab tersebut, Bahagian ini telah melakukan siasatan bersama 
Kemeterian Kesihatan Malaysia dan mengambil sampel produk dari kilang tersebut dan 
dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujikaji pada 14 November 2011.
3. Untuk makluman semua, hasil keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia 
Malaysia terhadap sample yang dihantar mengesahkan produk tersebut tidak 
mengandungi DNA babi seperti yang didakwa.
4. Dengan pengesahan ini, pengguna tidak perlu merasa was-was terhadap produk
 tersebut yang masih memegang Sijil Halal Malaysia sehingga 14 Januari 2012.
5. Pihak Jakim sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan 
kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak 
akan bertolak ansur dalam perkara ini.
6. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu halal semua pihak 
diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halalhttp://www.halal.gov.my 
dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial. Sebarang 
pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, 
JAKIM di talian 03-83150200.