Thursday, December 29, 2011

KOPI RADIX DAN KEBAIKKANNYA.



Sebahagian maklumat produk ini telah dikeluarkan daripada web atas sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan.  Sila lawati laman web rasmi HPA untuk maklumat lain atau hubungi admin web dan para pengedar HPA.

Khasiat Kopi Radix:

Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan gout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas
Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.

Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.

Kopi Radix Untuk Penyakit Berkaitan Kadar Gula Tinggi Dalam Darah & Tekanan Darah Tidak Normal
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat tekanan darah tidak normal.

Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN).
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK).
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF).
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT).
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF).
6. Halban (IMUNITI).
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK).

IKLAN HPA TERBARU..SUNGGUH MENYENTUH HATI.


Iklan yang boleh menginsafkan. Hayati betul-betul mesej yang cuba disampaikan..

PEMBAYARAN PEMBAHARUAN LESEN DENGAN MENGUNAKAN DUIT JUALAN CAWANGAN

Menanam jagung manis


Tanah untuk penanaman jagung mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.

Membajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam di antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.

Membajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil.

Mengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (ground magnesium limestone) dengan kadar dua tan/ha untuk tanah biasa dan empat tan/ha untuk tanah gambut.

Bahan tanaman adalah biji benih dengan kadar lapan hingga 10 kg/ha.

Jarak tanaman bergantung pada jenis tanah dan jenis jagung, biasanya 75sm x 50sm atau 75sm x 30sm dengan kepadatan sebanyak lebih kurang 53,333 pokok/ha.

Menanam boleh mengunakan jentera atau tugal bagi kawasan yang kecil sama ada dalam alur (furrow), atas batas atau di atas tanah yang rata

Biji benih dirawat dengan racun kulat dan serangga sebelum ditanam sedalam dua hingga empat sm ke dalam tanah sebanyak dua biji selubang dan akan bercambah selepas di antara empat dan tujuh hari selepas ditanam.

Penjarangan perlu dilakukan tiga minggu selepas ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Air amat kritikal pada peringkat awal tumbesaran awal dan masa pembungaan dan pembentukan biji jagung.

Siraman perlu dibuat dua kali sehari dengan sistem pengairan renjis (kos RM5,00 - RM 8,000/ha)

Keperluan asas tanaman

Suhu 30 darjah Celsius hingga 35 darjah Celsius.

Taburan hujan di antara 500 dan 700 mm/tahun.

Jenis tanah yang subur iaitu tanah alubium hitam dengan resapan air yang baik, tanah lom berpasir dan juga tanah gambut dengan pengapuran.
pH tanah 5.0 - 6.5

Penyelenggaraan

Pembajaan bergantung kepada jenis tanah, amnya kadar NPK sebanyak 120:60:40 kg/ha adalah sesuai untuk semua jenis tanah. Baja seperti NPK Blue Special (12:12:17:2) boleh digunakan dan dibubuh sebanyak dua kali dalam semusim

Kawalan rumpai boleh dijalankan dengan menyembur racun pracambah seperti Atrazine dengan kadar 120g/16 liter air dan diikuti merumpai secara manual atau jentera selepas tiga hingga empat minggu ditanam dan diikuti satu atau dua lagi pusing merumpai.

Mengambus atau menambak adalah kerja-kerja memupuk tanah atau batas-batas tanah ke perdu pokok jagung apabila tanaman mencapai ketinggian 60 sm bagi mengawal kelembapan tanah, mengawal rumpai.

Menahan dari pokok rebah dan mencegah akar pokok keluar dari permukaan tanah yang dilakukan selepas menabur baja supaya dapat mengeluarkan hasil yang baik kerana dapat mengawal kehilangan baja.

Penyakit kulat seperti hawar daun dan karat jagung boleh dikawal dengan racun kulat seperti Thiram dan Zineb selain dari amalan agronomi yang baik dengan menggunakan biji benih yang bebas penyakit dan musnahkan tanaman yang terdahulu

Penyakit tongkol (smut) menyebabkan tongkol jagung membengkak/bisul dapat dikawal dengan memusnahkan pokok yang diserang.

Penyakit reput batang bakteria menyebabkan batang pokok jagung reput dan patah boleh dicegah dengan amalan kultura yang baik dan memusnahkan pokok yang diserang.

Serangga perosak yang selalu menyerang tanaman jagung adalah seperti ulat pengorek batang jagung, ulat tongkol jagung, ulat ratus dan kepinding boleh dikawal dengan racun serangga seperti Malathion, Sevin, Diptrex dan sebagainya

Perosak mamalia seperti tikus boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik atau guna perangkap atau umpan beracun

Penuaian


Jagung manis boleh dituai selepas 68 hingga 72 hari selepas menanam untuk dimakan (rebus) dan 90 hingga 100 hari untuk dijadikan biji benih.

Jagung dipetik mengggunakan tangan pada awal pagi atau petang sahaja dan boleh disimpan segar pada suhu biasa selama 24 hingga 36 jam dan pada suhu 3 - 50 darjah C boleh disimpan selama tiga minggu.

Hasil secara purata 30,000 tongkol sehektar.

Tips tanam sekoi

Sekoi boleh hidup pada tanah yang agak kering, masin dan beralkali serta liat dengan pH 8.5. Ia mempunyai daya kerintangan tinggi kepada banjir, kemarau dan serangga perosak berbanding dengan jagung.
Fizikal pokok sekoi sama lebih kurang dengan pokok jagung cuma hasil/buahnya terletak dihujung pokok dan tunas baru/anak akan keluar dari pokok yang sama selepas batang utamanya di potong yang dipanggil ratoon.

Penanaman

Tanah mesti dikerjakan dengan menyeluruh untuk mengembur, menghapus rumpai, memperbaiki pengudaraan dan penyerapan air yang baik untuk pertumbuhan akar dan pokok.
nMembajak piring dua minggu sebelum menanam sedalam antara 20 dan 25 sentimeter (sm) untuk memasukkan sisa tanaman dan rumpai ke dalam tanah.
nMembajak putar selepas membajak piring untuk memecahkan tanah menjadi ketulan kecil
nMengapur untuk menaikan pH tanah kepada yang optimum iaitu 5.5 dan disyorkan GML (Ground Magnesium Limestone) dengan kadar dua tan/ hektar (ha) untuk tanah biasa.
nJarak tanaman bergantung kepada jenis tanah dan juga jenis sekoi iaitu antara dia antara 60 dan 90 sm antara baris dan di antara 10 dan 23 sm antara pokok.
nBiji benih dirawat dengan racun kulat terlebih dahulu sebelum ditanam sedalam tiga dan lima sm sebanyak tiga atau empat biji selubang.
nMenanam boleh menggunakan jentera atau dengan tangan dimana biji benih akan bercambah tiga hingga tujuh hari selepas ditanam.
nPenjarangan dibuat selepas tiga minggu ditanam dengan meninggalkan satu pokok selubang.

Pengawalan tumbesaran

nKawalan rumpai dilakukan sebanyak dua kali iaitu dua minggu dan empat minggu selepas menanam.
nPembajaan dengan kadar NPK 102:45:45 kg/ha dimana separuh unsur N dan semua P dan K diberi sebagai baja asas dan separuh lagi N diberi sebulan selepas menanam
nUlat pengorek batang adalah perosak utama dan boleh dikawal dengan semburan racun serangga yang bersesuaian
nSerangan burung adalah pada peringkat penyemaian dan ketika peringkat susu biji sekoi
nPenyakit hawar daun dan smut biji sekoi boleh dikawal dengan amalan kultura yang baik dan menggunakan racun yang bersesuaian

Penuaian

nHasil sekoi boleh dikutip mengikut jenis dan pada kebiasaannya di Malaysia bila mencapai di antara 97 dan 110 hari selepas ditanam.
nUntuk dapatkan hasil kedua (ratoon) batang sekoi dipotong hingga berdekatan paras tanah supaya tunas tumbuh untuk mengeluarkan anak pokok baharu
nJika tidak perlukan ratoon, potong pokok lebih tinggi dari paras tanah atau dengan mengerat atau memotong jambak buah
nHasil mengikut jenis DOOBS (1,791 kg/ha), CE/71 (1662 kg/ha), CE/178 (1,669 kg/ha) dan 655N(1,523 kg/ha)

Penyimpanan

nBiasanya biji sekoi disimpan tanpa diceraikan dari tangkai tetapi dikeringkan sehingga 10-14 % kelembapan untuk mengelak serangan kulat dan serangga

Promo Produk Akhir Tahun 2011

Kabar Gembira !!!

Dipenghujung Akhir Tahun 2011 PT. AWMIT melakukan PROMO produk-produk lokal, KECUALI Minyak Herba Jawi 99.

Ketentuan :
Melakukan Pembelian produk Lokal sebanyak 10 botol akan mendapatkan free 1 botol produk yang sama.
Masa berlaku PROMO : tanggal 28 Desember - 31 Desember 2011.

KONVO SIJIL HERBALIS KE 21 DI UNIVERSITI CYBERJAYA 31 DIS INI.


Prof Madya Dr Mohd Saidy Ismail (berbaju batik) dan En Mohd Razlan Abd Rahman (CUMS), staf HPA dan staf Cyberjaya University College of Medical Science selepas majlis perasmian Kursus Asas Sains Perubatan Dan SIjil Herbalis 21 di HPAic pada 11 Dis 2011

ATURCARA
MAJLIS PENGANUGERAHAN
SIJIL ASAS SAINS PERUBATAN DAN SIJIL HERBALIS KE 21
KOLEJ UNIVERSITI SAINS PERUBATAN CYBERJAYA DAN
HPA INDUSTRIES SDN BHD
31 DISEMBER 2011 (SABTU),
DI AUDITORIUM CUCMS, CYBERJAYA

09.30 pagi : Kehadiran Para Lulusan dan Jemputan
10.00 pagi : Kehadiran Tetamu Khas dan VVIP
10. 25 pagi : Perarakan Masuk Para Lulusan Diikuti Para Tetamu Khas
10.30 pagi : Bacaan Doa
10.35 pagi : Ucapan YBhgia Timbalan Presiden CUCMS
10.50 pagi : Ucapan YBhgia Pengarah Urusan Kumpulan HPA Industries Sdn Bhd
11.05 pagi : Penganugerahan Sijil Asas Sains Perubatan dan Sijil Herbalis Ke-21

Penganugerahan Sijil Pelajar Terbaik

1. Pelajar Terbaik Bagi Bagi
a. Anatomi
b. Asas Nutrisi
c. Bio Kimia
d. Kesihatan dan Kebersihan Persekitaran
e. Mikrobiologi dan Patologi
f. Fisiologi

2. Pelajar Terbaik Keseluruhan Sijil Asas Sains Perubatan, CUCMS

3. Pelajar Terbaik Keseluruhan Sijil Herbalis ke-21, HPA Industries Sdn Bhd

: Bacaan Ikrar Pelajar
: Penyampaian Cenderahati Kepada YBhgia Pengarah Urusan Kumpulan HPA Industries
Sdn Bhd & YBhgia Presiden CUCMS

11.35 pagi : Ucapan Pelajar Terbaik Sijil Asas Sains Perubatan
11.45 pagi : Ucapan Pelajar Terbaik Sijil Herbalis ke-21
11.55 pagi : Montaj Program
12.00 pagi : Persembahan Khas (Munif Hijaz)
12.15 petang : Doa Penutup
12.20 petang : Sesi Bergambar
12.30 petang : Jamuan
: Bersurai

* Sidang Media antara HPA dan CUCMS selepas tamat Majlis Konvokesyen

Tuesday, December 27, 2011

Kursus Budaya Kerja Cemerlang

Kursus budaya kerja cemerlang anjuran HPA Industries Sdn. Bhd. telahpun diadakan pada 23hb & 24hb Disember bertempat di Kompleks Wahida, jejawi Perlis. Kursus ini dihadiri oleh kakitangan HPA yang terpilih untuk mengikuti selama sehari di Dewan Amir Ramadhan bermula jam 9.00 pagi slot Pembangunan kendiri sehinggalah jam 5.00 ptg slot soalselidik. Kursus Budaya Kerja Cemerlang [...]

GRAND LAUNCHING CREAM GAMAT + PSC AKBAR

      

Bekasi, akhir tahun 2011 HPA mengadakan sebuah even besar dengan jumlah peserta lebih dari 1200 orang yang hadir untuk memadati lokasi acara yang terletek di Bekasi Square pada Ahad, 26 Desember 2011.

Hadir dalam acara tersebut rombongan dari manajemen PT. AWMIT yang dipimpin langsung oleh Dirutnya, bapak Murtiharto.

Dalam acara ini hadir sebagai trainer bapak Muhammad Iwan (Top Leader HPA Indonesia) dan bapak Bagus Hernowo (Top 5 HPA Indonesia) dengan materi motivasinya. Diakhir acara sebagai penutup yang merupakan inti dari program kali ini sebagai pembicara dr. Pujiati Abbas (pakar kulit dan kecantikan) yang mengupas tuntas tentang kegunaan dan manfaat CREAM GAMAT sebagai salah satu produk yang dilaunching.

INFO-INFO & MAKLUMAT HPA

RADIX ®
RADIX® telah menjadi satu jenama kopi yang sudah mula dikenali dipasaran.Iklannya yang menarik menjadikan masyarakat tertanya-tanya, apakah kelebihannya berbanding dengan kopi yang lain. Ramai lagi yang bertanya istilah RADIX® itu dipetik daripada mana? Apakah ia benar-benar memberi manfaat untuk kesihatan atau gimik semata-mata ?

RADIX® mempamerkan kredibilitinya bagi menguasai pasaran tempatan lebih-lebih lagi apabila tercatat testimoni yang begitu banyak.Pengguna yang peka mengenai kesihatan tubuh sudah mula menjadikan KOPI RADIX® ini sebagai minuman harian mereka, bahkan ada dalam kalangan mereka meminumnya 7 sachet sehari.

Apakah itu RADIX ® ?
RADIX® ialah nama saintifik yang merujuk kepada akar sesuatu tumbuhan seperti akar Pokok Tongkat Ali yang dikenali sebagai Eurycoma Longifolia Radix. RADIX® terdiri daripada 7 sinergi herba iaitu Tongkat Ali, Mata Pelanduk, Halban, Larak, Teja Lawang, Tebu Gajah Mengkudu Hutan. Disamping itu, hampir kesemua bahagian herba yang digunakan itu sumbernya daripada Akar. Maka HPA menamakan resepi ini sebagai RADIX®.
Kenapa memilih akar/RADIX® ?
Bahagian yang paling stabil dalam tumbuh-tumbuhan ialah bahagian akar. Selain itu, bahagian akar juga boleh disinergikan dengan herba yang lain tanpa memberi kesan sampingan atau kemudaratan. Bahagian akar juga berfungsi untuk menyimpan zat-zat makanan seperti mineral, vitamin, dan fitonutrien yang lain. Pengambilan herba akan mengembalikan keseimbangan tubuh iaitu keseimbangan kepada 4 unsur iaitu unsur Tanah, Air, Api dan Angin.
Mekanisme tindakan RADIX® dalam tubuh.
Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad,Pengarah Urusan HPA merujuk kepada kitab `Al- Qanun Fi Al- Tibb” – Pena Ibnu Sina, bagi memudahkan para ilmiah memahaminya. Dalam tubuh badan kita terdapat 3 organ utama yang berfungsi untuk menjana tenaga bagi semua sistem tubuh agar kembali seimbang. Organ tersebut ialah jantung, otak, dan organ reproduksi (pembiakan). Jantung merupakan organ yang terpenting dalam memastikan aliran darah mengalir dengan lancar ke seluruh tubuh. Peredaran darah yang lemah menjadikan tubuh turut serta lemah,bahkan sekaligus menghilangkan semangat untuk hidup.Jantung perlu mencapai keseimbangan yang diperlukan untuk melakukan tugas penting ini melalui pengambilan herba-herba aromatik seperti akar Teja Lawang yang disinergikan bersama ramuan Radix. Kesannya, peredaran darah kembali menjadi normal, dan menyihatkan semula tubuh badan kita. Insya ALLAH.

Monday, December 26, 2011

PERKHIDMATAN MEMPERBAHARUI INSURANS DAN CUKAI JALAN

Pihak Kowahida merupakan agen korporat Takaful Malaysia dan menawarkan perkhidmatan untuk memperbaharui insurans dan cukai jalan.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai Kowahida yang bertugas iaitu:1. En. Shamsul / En. Mohd Yazid di talian 04 977 3813/ 976 0860 atau datang terus ke Pejabat Kowahida di No 26, Tingkat Bawah, Taman Utara Jejawi, Jalan Jejawi Sematang, 02600, Arau

Friday, December 23, 2011

KURSUS PINTAR HERBA Siri Ke 3




Kursus ini akan dikendalikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd. Kursus ini akan dijalankan di HPAiC & Taman Botani Negara. InsyaAllah.


Tn/Pn akan merasai keindahan alam dengan pengisian aktiviti yg telah dirancang. Antara aktivitinya ialah, Selangkah ke Alam Herba, Pembentangan Kumpulan & lain-lain pengisisan. Bagi mereka yang inginkan tip-tip perubatan lama atau perubatan melayu silam, anda bakal didedahkan dengan tip-tip berikut.
InsyaAllah.

Wednesday, December 21, 2011

PROMOSI GEMPAK

Pasaraya HPAiC mengadakan Promosi Gempak untuk semua. Prompsi Gempak ini diadakan di Koridor Pasaraya HPAiCbermula jam 10.00pg hingga 8.00pm.

Harga berluma dari RM 3 beserta Nilai Mata.

Promosi Gempak ini menawarkan kepada Tuan/Puan dengan "BELI 1 PERCUMA 1". Antara produk yang dipromosikan adalah:

1) Gulai Ayam Organik - ada tester untuk customer RM 6 ( 2 NM )
2) Ikan kering dari Irian & Gelama Tengkerong RM 3 ( 1 NM )
3) Kek Lapis (MHH)

Selain itu, Baju sekolah & Beg sekolah juga menawarkan harga yang istimewa untuk anak-anak yang bakal menghadapi persekolahan tidak lama lagi. Sekolah rendah & juga Sekolah Menengah.

Baju Sekolah Rendah
Baju Sekolah Perempuan Shj RM 7 ( 1 NM )
Kian Sekolah Perempuan Shj RM 5 ( 1 NM )
Sepasang Baju Sekolah rendah (P) RM 10 ( 2 NM )

Baju Sekolah Menengah
Baju Sekolah Perempuan Shj RM 10 ( 1 NM )
Kian Sekolah Perempuan Shj RM 7 ( 1 NM )
Sepasang Baju Sekolah menengah (P) RM 15 ( 2 NM )

Maklumkan kepada rakan-rakan anda. Jangan lepaskan peluang mendapat Produk HALAL lagi BAIK di Pasaraya HPAiC.
InsyaAllah.

LAGI PROMOSI...HEBAT

PROMOSI..PROMOSI..PROMOSI..

Tuesday, December 20, 2011

KURSUS PINTAR HERBA KALI KE 2



Informasi menarik untuk para pecinta Ilmu Herba.
Insya Allah HPA akan mengadakan kurus "Pintar Herba" kali ke 3
Seperti Kursus Sebelum nya Insya Allah Kursus ini akan di kendalikan oleh Pengarah Urusan HPA Industries SDN BHD.

Tarikh : 26 hb desember 2011 (08.30 pg)
di HPAic Hingga
27 desember 2011 (01.00)
Tempat : HPAic & Taman Botani Negara,Shah Alam,Sel D.E
Yuran : RM 150 (termasuk makan,penginapan,fail dan sijil)
Cara pembayaran :
Bank in ke Akaun H.S.B.C
No Akaun 050132380021 (hpa Ind. Sdn. Bhd)

Pendafataran sms & sebarang Pertanyaan
sila hubungi 03-55129717
0194554564(En.Lail)
019-4490082 (Atika)

* Peserta perlu membawa
- Baju sukan
- Kasut sukan
- Lampu suluh
- kelengkapan peribadi.

PROMOSI GEMPAK

Pasaraya HPAiC mengadakan Promosi Gempak untuk semua. Prompsi Gempak ini diadakan di Koridor Pasaraya HPAiC bermula jam 10.00pg hingga 8.00pm.

Harga berluma dari RM 3 beserta Nilai Mata.


Promosi Gempak ini menawarkan kepada Tuan/Puan dengan "BELI 1 PERCUMA 1". Antara produk yang dipromosikan adalah:

1) Gulai Ayam Organik - ada tester untuk customer RM 6 ( 2 NM )
2) Ikan kering dari Irian & Gelama Tengkerong RM 3 ( 1 NM )
3) Kek Lapis (MHH)

Selain itu, Baju sekolah & Beg sekolah juga menawarkan harga yang istimewa untuk anak-anak yang bakal menghadapi persekolahan tidak lama lagi. Sekolah rendah & juga Sekolah Menengah.

Baju Sekolah Rendah
Baju Sekolah Perempuan Shj RM 7 ( 1 NM )
Kian Sekolah Perempuan Shj RM 5 ( 1 NM )
Sepasang Baju Sekolah rendah (P) RM 10 ( 2 NM )

Baju Sekolah Menengah
Baju Sekolah Perempuan Shj RM 10 ( 1 NM )
Kian Sekolah Perempuan Shj RM 7 ( 1 NM )
Sepasang Baju Sekolah menengah (P) RM 15 ( 2 NM )

Maklumkan kepada rakan-rakan anda. Jangan lepaskan peluang mendapat Produk HALAL lagi BAIK di Pasaraya HPAiC.
InsyaAllah.

PERUBAHAN BLOG HPA ZON BORNEO

Assalamualaikum wbt.
Makluman kepada yang berkenaan.
Blog Pentadbiran HPA Zon Borneo kini telah bertukar kepada 
http://hpazonborneo.blogspot.com. harap semua maklum akan perubahan ini. 
terima kasih.

Thursday, December 15, 2011

PKLP BULAN DISEMBER

Memo – Majlis Anugerah Insentif 2011

Majlis Anugerah Insentif 2011 akan berlangsung pada 17 Disember 2011 di HPAiC, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor. Pihak kami amat berbesar hati untuk menjemput tuan/puan bersama-sama untuk menjayakan program tersebut.
Setiap Seketeriat ESP Zon dimintak untuk menghantar wakil PJS ( WAJIB ) seramai lima orang ( 5 ) kecuali Zon Borneo hanya menghantar wakil dua orang sahaja . PJS Zon lain digalakkan hadir . Bagi PJS KPA ( Di WAJIB Keseluruhannya ) .
Sebarang pertanyaan sila hubungi pejabat Pn. Nurul Atikah di HPAiC di talian 03-5512 8717. Kerjasama pihak tuan / puan diucapkan ribuan terima kasih.

JAWATAN KOSONG

Monday, December 12, 2011

JADUAL PROGRAM PKLP ZON TIMUR

PKLP



Tarikh : 14/01/2012 - Dewan ABIM Kota Bharu, Kelantan
Tarikh : 21/01/2012 - Dewan Pejabat Zon Timur, Kuala Krai, Kelantan
Tarikh : 28/01/2012 - Dewan TER, Terengganu

# Sila daftar sekarang !!!

PENURUNAN HARGA AYAM ORGANIK

Perubahan Hadiah Insentif ESP 2011

Saturday, December 10, 2011

PINTAR HERBA SIRI 3

Makluman, PINTAR HERBA SIRI 3 akan diadakan di HPAiC dan Taman BOTANI Negara pada 


26hb Dis 11. Tenaga pengajar adalah P.U HPA Industries Sdn Bhd sendiri, Tn Hj Ismail Hj 


Ahmad,InsyaAllah. Selama 1 hari 1 malam bermalam di taman botani, bayaran hanya 


RM 150 shj termasuk makan, penginapan, sijil dan lain-lain. Tempat & aktiviti menarik. 


Pendaftaran, sms ke no. 0194554564@0124175370.

Friday, December 9, 2011

Unipeq UKM SAHKAN KAPSUL HPA TIADA UNSUR DNA BABI


Penggunaan kapsul kian berleluasa pada masa kini. Samaada dalam industri ubat-ubatan, hospital dan banyak lagi. Tapi sejauh manakah status kehalalannya kerana banyak bahan yang meragukan digunakan untuk menghasilkannya. Gelatin adalah bahan asas penghasilannya. sumbernya pula dari pelbagai jenis tulang haiwan seperti lembu, babi, kambing biri-biri dan juga tumbuhan. Kapsul yang diperbuat dari tumbuhan adalah lebih baik kerana tiada unsur binatang dan sememanganya halal tanpa perlu diragukan.Harganya pula terlalu mahal dan hanya produk yg mementingkan kualiti sahaja yang selalunya menggunakannya.

Tapi bagaimana pula dengan kilang-kilang dan syarikat-syarikat yg mengeluarkan produk ubat-ubatan dan penjagaan kesihatan. Adakah kapsul yg digunakan itu halal atau tidak. Oleh sebab itulah HPA telah bertindak terlebih awal bagi menyakinkan pengguna tentang status kehalalannya. Kapsul yang digunakan oleh HPA sememangnya halal dan telah menjalani ujian penentuan DNA babi. Hasil ujian adalah sama seperti bagi ayam organik iaitu tiada unsur DNA babi. Alhamdulillah.

Ini membuktikan lagi bahawa kapsul yang kita gunakan hari ini tiada unsur gelatin babi, dan hanya unsur lembu ataupun binatang yang sememangnya halal dan disembelih dengan betul sebelum diproses menjadi kapsul.

Diharap ia dapat membantu anda semua. sekian..

Thursday, December 8, 2011

KPJ BULAN DISEMBER 2011 - Zon Selatan

KPJ+DISEMBER.jpg (960×720) <

PROMO HEBAT.. INDONESIA

HPA melalui PT. AWMIT di akhir tahun 2011 melakukan PROMO hebat...

Dapatkan Free 1 botol Produk yang sama untuk PEMBELIAN 10 produk - produk sebagai berikut :
Blackcumin
RBA
Rosella
Bedak Nur (Kenari)

Raih kesempatan EMAS ini....Persediaan TERBATAS...Jangan sampai ketinggalan...

UPM SAHKAN AYAM ORGANIK HPA TIADA UNSUR DNA BABI

Assalamualaikum..
Hari ini Bahagian R&D HPA telahpun menerima keputusan daripada makmal di UPM berhubung ujian Penentuan DNA Babi dalam produk ayam organik HPA. Hasil ujian telah membuktikan bahawa tiada unsur DNA Babi ditemui dan dijumpai sekaligus membuktikan bahawa produk ayam organik HPA bebas daripada sebarang perkaitan dengan bahan tersebut walaupun dari sumber makanannya. Alhamdulillah. Semoga para ahli dan pejuang HPA dapat menggunakan sijil ini bagi lebih menyakinkan lagi pelanggan anda. 


Wednesday, December 7, 2011

MINYAK PATI SEPANG




Minyak Pati Sepang ini menggunakan ramuan Kayu Sepang tanpa sebarang adunan bahan kimia moden. Ia dirumus khas untuk perawatan kulit muka terutamanya bagi menghilangkan tompok hitam, menghaluskan kulit dan membuang kotoran di muka.
Antara keistimewaan Minyak Pati Sepang ini ialah:
  • Menanggalkan dan membuang sel-sel kulit yang telah mati pada lapisan kulit agar tidak berkumpul.
  • Mengelakkan dari terjadinya jerawat akibat daripada penebalan kulit dan penyumbatan liang-liang kulit.
  • Membersihkan kulit dan secara mendalam hingga ke liang-liang kulit.
  • Sinergikan bersama Bedak Awana atau Tompok Hitam atau Jasmin sebagai butiran kasar yang dicampur untuk tujuan scrub.
  • Menghaluskan permukaan kulit.
  • Merangsang pertumbuhan sel-sel yang baru dan masih segar.
Cara Penggunaan
Sapukan minyak Pati Sepang dimuka pada waktu malam sebelum tidur. Guna minyak pati sepang 1 hingga 2 kali setiap minggu.
Satu botol mengandungi 75ml.

Tuesday, December 6, 2011

POSTER PKLP KOTA BHARU

TIKET ONLINE INTIBAH YOGYA

Untuk memudahkan pendaftaran INTIBAH bersama Tn. Hj. Ismail bin Hj. Ahmad, 9 - 10 Desember 2011 di Yogyakarta, PANITIA membuka PENDAFTARAN ONLINE.


Pembelian Tiket bisa dengan MENTRANSFER uang pendaftara sebesar Rp. 1.000.000,- (discount 25% untuk pembelian tiket hingga tanggal 7 Desember 2011) ke nomor rekening BSM 1547014114 a/n SUPRI SUGIARTO.


Simpan BUKTI TRANSFER Anda sebagai TIKET MASUK acara.

39 AHLI BARU ANTARA 105 PESERTA PKLP KALI KE 2 DI HPAIC

PJS HJ MOHAMMAD diamanahkan sebagai Pengarah PKLP kali ke 2 di HPAIC
PJS PN HJH ZAIMAH dari Bentong dipilih sebagai IKON RADIX kali ini.
Johan dan Nurullail bekerja gigih bagi memastikan perjalanan program berjalan lancar.. Tahniah diucapkan kepada mereka berdua.
PJS WAK FAUZANI Warisan Anak Kampung dipilih sebagai IKON RADIX
PJS SAJARUDDIN TASIRON dan PJS AHMAD AZAM JAAFAR bergandingan menjadi Pengerrusi Majlis PKLP.
Majlis dimulakan dengan bacaan Al Quran oleh Us Fadhil
3 tokoh pemimpin membentangkan modul dalam PKLP kali ini.

Monday, December 5, 2011

SEMPENA PEMBUKAAN SEKOLAH..AYUH BORONG.

PUSAT OPERASI ZON TENGAH


Usaha Tangga Kejayaan... Tahniah dan semoga berjaya diucapkan kepada peserta PKLP HPA International Center pada 3hb Disember 2011. Disampaikan oleh pemimpin - pemimpin tertinggi HPA...

Program Khas Laluan ke Puncakjaya (PKLP) yang telah berlangsung di Dewan Utama Menara HPA International Center pada 3 Disember 2011 telah memberikan impak yang baik kepada setiap peserta yang hadir. Sesi pembentangan disampaikan oleh pemimpin HPA didalam 3 Modul Khas iaitu Gempur Pasaran Radix, Gempur Bonus Radix dan Gempur Radix, Vigor dan Pueraria oleh En. Ismahali, En. Hafidzan dan Ust Zulkarnain. Kata - kata semangat juga telah diberikan oleh Ikon Radix - PJS Fauzani dan PJS Zaimah yang menceritakan detik - detik kearah usahawan HPA yang berjaya.

Friday, December 2, 2011

MAJLIS ANUGERAH INSENTIF

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG STATUS HALAL FRANKFURTER/ HOT DOG JENAMA RAMLY


PDFCetakemel
Jumaat, 02 Disember 2011 05:52
1. Jakim melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak soalan dan aduan berkenaan status 
halal produk frankfurter jenama Ramly.
2. Susulan daripada aduab tersebut, Bahagian ini telah melakukan siasatan bersama 
Kemeterian Kesihatan Malaysia dan mengambil sampel produk dari kilang tersebut dan 
dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia bagi ujikaji pada 14 November 2011.
3. Untuk makluman semua, hasil keputusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kimia 
Malaysia terhadap sample yang dihantar mengesahkan produk tersebut tidak 
mengandungi DNA babi seperti yang didakwa.
4. Dengan pengesahan ini, pengguna tidak perlu merasa was-was terhadap produk
 tersebut yang masih memegang Sijil Halal Malaysia sehingga 14 Januari 2012.
5. Pihak Jakim sentiasa prihatin dan mengambil langkah sewajarnya dalam memastikan 
kepentingan umat Islam terpelihara dalam isu-isu berkaitan dengan halal dan tidak 
akan bertolak ansur dalam perkara ini.
6. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan dengan isu-isu halal semua pihak 
diminta untuk merujuk melalui laman web Bahagian Hab Halalhttp://www.halal.gov.my 
dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih seperti laman web sosial. Sebarang 
pertanyaan berkenaan status halal sesuatu produk boleh menghubungi Bahagian Hab Halal, 
JAKIM di talian 03-83150200.

Data Pembelian RGM for SOMALIA - INDONESIA

DATA PEMBELIAN RADIX GOAT MILK FOR SOMALIA DI SALEMBA
NOTANGGALNO.MEMBERNAMANO INVOICEJUMLAHPEMBAYARANNO RESITGL TRANSFER
130-Nov237967SUPRIADIB01993851BSM 3500001111590457829-Nov
230-Nov249178NASRUDINB01993865BSM 3500001111H023713229-Nov
330-Nov135412BURHANUDINB01993871BSM 3500001111XL014292109829-Nov
430-Nov197133SUGIYANAB01993881BSM 3500001111ABB L 02232347-MT29-Nov
530-Nov118009IBNU ALWAN,S.AGB01993911BSM 3500001111XL-01430-27573330-Nov
630-Nov112274IFTAROTINB01993922BSM 3500001111H1563513530-Nov
71-Dec195079NURAINI ROSIYANA DEWIB01993995BSM 3500001111XL-01430-4176601-Dec
81-Dec135407HARTANTI SYARIFAH HASANB01994001BSM 3500001111XL-01430-3723641-Dec
92-Dec249062H.M. RODHIB01994092BSM 3500001111H 0273461-Dec
102-Dec197922YENI HARTATIB01994101BSM 3500001111H 164633211-Dec
112-Dec157723ALFI KHAIRIB01994111BSM 3500001111ABBL02256AA6PO21-Dec
122-Dec237649ASTUTIB01994124BSM 3500001111XL-01401-1832761-Dec
132-Dec203532HAIBAN ROSYIDB019941310BSM 3500001111XL-01401-2515891-Dec