Friday, May 4, 2012

84 PESERTA PKLP DI CAW SRI ISKANDAR PERAK


  1. 1 Mei -Seri Iskandar: Buat julung-julung kalinya, PKLP diadakan di Hpa Caw Seri Iskandar dengan kahadiran peserta di luar jangka iaitu seramai 84 orang. Peserta didedahkan dengan modul 1 yang bertajuk "Produk Halal Tanggungjawab Siapa' oleh Pjs Sani Ibrahim. Modul 2 pula dibentang oleh Herbalis Pj Shafariah Ibrahim yang mendedahkan tentang Konsep Perubatan Jawi & Pengenalan Asas Akupuntur-Refleksologi & PTB. Peserta teruja apabila pertama kali ditusuk dengan jarum akupuntur di titik usus. Modul 3 dibentang oleh PJS Khalilah Wong yang membimbing peserta mendiagnos penyakit melalui 5 tanda di Saraf Tapak Tangan. Selepas jamuan makan tengahari & solat Zohor, peserta lebih bersemangat dengan pembentangan Modul 4 iaitu Gempur Ekonomi Ummah yang disampaikan oleh PJS Hafidzan Fauzi. Selepas pembentangan, Pjs Hafidzan Faudzi selaku Presiden KPA telah melancarkan 3 Program Hebat yang akan dilaksanakan di Hpa Caw Seri Iskandar iaitu "Slimming Program-Terapi Resdung & Terapi Cerdas Minda". Di akhir program, peserta bertuah kerana dapat mendengar perkongsian pengalaman yang menyentuh hati bersama IKON pilihan iaitu Pjs Siti Rahmah Ujang. Dalam PKLP ini, lebih 20 peserta adalah muka baru dan selebihnya pengedar lama yang cukup terharu apabila bersama-sama mendendangkan nasyid "Susah Senang Kita Bersama". PKLP Seri Iskandar di serikan oleh Pak Protokol yang tak asing lagi iaitu Pjs Rahaizan Bin Nor. Antara Pjs dan pemimpin yang hadir memeriahkan PKLP kali ini ialah Pjs Hj Jamaluddin MN, Pjs Nik Saikhan Raja Daud, Pjs Haridah Khan, Pj Herbalis Azakiah Ahmad dan ramai lagi.
Inilah diantara demo yang menarik minat para peserta.

Sila link 
http://www.facebook.com/media/set/?set=a.231104093660895.44471.213797468724891&type=3 untuk melihat semua gambar aktiviti semasa program PKLP di Caw Sri Iskandar Tronoh Perak.