Sunday, February 5, 2012
Produk-Produk HPA
BEDAK AWANA
Bedak awet wajah ini di dapati di dalam bentuk ‘powder’ dan ianya diadun bersama dengan bedak sejuk dan sejenis tumbuhan Kayu Sepang (Caesaipinia spp) yang dapat menanggalkan kulit-kulit yang mati pada muka.Sel-sel kulit muka akan mati dalam tempoh 1 minggu. Jika lapisan yang mati ini tidak ditanggalkan, kulit muka akan di dapati tidak berseri dan nampak tua. Proses membuang sel-sel mati inilah yang melambatkan ketuaan ini. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan seperti penggunaan ‘musk’ pada muka atau seperti bedak sejuk. Bedak Awana ini tidak boleh digunakan oleh mereka yang ada jerawat.
BEDAK DELIMA
Bedak ini merupakan persediaan herba untuk menghilangkan penyakit kulit seperti ruam, gatal-gatal badan, kudis, makan air dan lain-lain. Bedak ini menggunakan herba pegaga (Hydrocotyle Asiatica), Punica Granatum, Oryza Sativa dan Delima (Jasminum Sambac). Bedak Deliam ini perlu dicampurkan denagn air dan disapu pada tempat yang terkena jangkitan kulit. Jika tempat yang terkena jangkitan itu berair, maka penggunaan bedak ini tidak perlu dicampur air. Untuk mendapatkan kesan yang maksima sila ambil bersama Coscinium Plus, Herba Tuju Angin dan Teh Herba sebagai amalan pemakanan harian. Hampas Teh Herba boleh digunakan sebagai sampingan.
BEDAK JASMIN
Bedak ini telah diadunkan dengan tumbuhan ubatan Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa) dari famili Urticaceae. Bahan aktif dalam tumbuhan ini benar-benar dapat mengecutkan jerawat dan menghilangkannya. Bedak ini perlu dicampurkan bersama air dan digunakan sebagai ‘musk’ selama 1 jam. Selepas dibilas dengan air suam dan diwapkan, gunakan bedak ini seperti penggunaan bedak sejuk dan biarkan semalaman.Untuk mempercepatkan proses pemulihan amalkan bersama Coscinium Plus, Teh Herba dan Madu Asli.
BEDAK TOMPOK HITAM
Menghilangkan tompok hitam bukanlah satu perkara yang mudah. HPA yang membuat kajian terhadap penyakit ini telah menemukan sejenis tumbuhan yang mujarab iaitu Ubi Gadung. Bedak ini perlu dicampurkan dengan air dan boleh digunakan secara ‘musk’ atau seperti penggunaan bedak sejuk. Ia perlu diamalkan berterusan sehingga hilang tompok hitam tersebut. Untuk mempercepatkan kesembuhan, sila gunakan bersama Coscinium Plus, Teh Herba, Minyak Pati Sepang dan Bedak Awana.
Komposisi (50 gram per botol) :
Bedak Awana : Kayu Sepang (Caesaipinia spp)
Bedak Delima : Pegaga, Punica Granatum, Oryza Sativa, Delima
Bedak Jasmin : Pokok Tengkuk Biawak (Ficus Calicarpa)
Bedak Tompok Hitam : Ubi Gadung