Friday, March 30, 2012

Bersabarlah Wahai Saudaraku... (Khas Buat Yg Sedang Ditimpa Kesusahan)

"Hidup yang beberapa tempoh lamanya ini tidak terlepas dari kita akan beberapa situasi yang menyukarkan kita. Tatkala ini berlaku, bermacam-macam perasaan datang, yang kadang-kadang boleh merosakkan diri dan iman kita.Renung dan perhatikanlah beberapa ayat al-Quran dan hadith-hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut. Ia khusus untuk memperbaiki cara kita pandang dan fikir terhadap setiap masalah yang menimpa diri kita.

Mudah-mudahan kalam ALLAH Yang Maha Benar dan kalam Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam berikut bisa menenangkan jiwa kita. Semoga dengan membacanya makin bertambah kekuatan sabar dan redho di dalam diri kita semua tatkala berhadapan dengan masalah, musibah dan kesukaran, insyaALLAH:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu” (Ali ‘Imran, 3:200)
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الأمْوَالِ وَالأنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
Yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:155)
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Yang bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.” (Az-Zumar, 39:10)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Baqarah, 2:153)
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّى نَعْلَمَ الْمُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُوَ أَخْبَارَكُمْ
Yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yang berjihad dan bersabar di antara kamu; dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ihwalmu.” (Muhammad, 47:31)
Berikut pula beberapa hadith Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam:
Dari Abu Yahya Shuhaib bin Sinan radhiAllahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Memang sangat menakjubkan keadaan orang mukmin itu; kerana segala urusannya sangat baik baginya dan itu tidak terjadi kecuali bagi seseorang yang beriman, di mana apabila ia mendapat kesenangan ia bersyukur, maka demikian itu sangat baik baginya. Dan apabila ia ditimpa kesusahan, ia sabar, maka yang demikian itu sangat baik baginya.” (HR Muslim)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda, ALLAH Ta’ala berfirman: “Tidak ada pembalasan bagi seorang hambaKU yang mukmin yang telah AKU ambil kembali kekasihnya dan ahli dunia ini kemudian ia hanya mengharapkan pahala daripadaKU, kecuali pembalasan syurga.” (HR Bukhari)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya mendengar Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya ALLAH Ta’ala berfirman: “Apabila AKU menguji salah seorang hambaKU dengan buta kedua matanya, kemudian ia sabar, maka AKU akan menggantikannya dengan syurga.” (HR Bukhari)
Dari ‘Atha’ bin Abi Rabah berkata: “Ibnu ‘Abbas radhiAllahu ‘anhuma berkata kepadaku: “Mahukah kamu saya tunjukkan seorang wanita yang termasuk ahli syurga?” Saya menjawab: “Ya, saya mahu”. Ia berkata: “Itu wanita hitam yang pernah datang kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam yang mana ketika itu dia berkata: “Sesungguhnya saya mempunyai ayah dan sesungguhnya saya mempunyai penyakit ayan, dan sesungguhnya pernah terbuka aurat saya kerananya (penyakit itu), oleh itu doakanlah kepada ALLAH Ta’ala agar penyakit saya sembuh.” Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila kamu mahu sabar maka kamu akan mendapatkan syurga, dan apabila kamu tetap meminta maka saya pun akan berdo’a kepada ALLAH agar DIA menyembuhkan penyakitmu itu.” Wanita itu berkata:“Saya akan bersabar”. Kemudian wanita itu berkata lagi: “Sesungguhnya kadang-kadang sampai terbuka aurat saya, maka do’akanlah kepada ALLAH agar aurat saya tidak terbuka.” Maka Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pun mendo’akan baginya. (HR Bukhari & Muslim)
Dari Abu Sa’id dan Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhuma, dari Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang muslim yang tertimpa kecelakaan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan mahupun kedukacitaan akibat tertusuk duri pun, nescaya ALLAH akan menebus dosanya dengan apa yang menimpanya itu.” (HR Bukhari & Muslim)
Dari Abu Hurairah radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang dikehendaki oleh ALLAH menjadi orang baik, maka ditimpakan musibah (ujian) kepadanya.” (HR Bukhari)
Dari Ibnu Mas’ud radhiAllahu ‘anhu berkata: “Saya masuk ke tempat Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam sedang beliau menderita sakit panas, kemudian saya berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya tuan benar-benar menderita sakit yang panas sekali.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, sakit panas yang saya deritai inidua kali ganda yang biasa dideritai oleh seseorang di antara kamu sekalian.” Saya berkata: “Kalau begitu, tuan mendapat pahala dua kali ganda.” Beliau sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Benar, memang demikianlah keadaannya. Seorang muslim yang tertimpa suatu kesakitan, baik itu berupa duri ataupun lebih dari itu nescaya ALLAH menutupi kesalahan-kesalahannya dan menghapus dosa-dosanya sebagaimana daun berguguran dari pohonnya.” (HR Bukhari & Muslim)
Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda:  “Sesungguhnya besarnya pahala itu tergantung pada besarnya ujian.  Dan sesungguhnya apabila ALLAH Ta’ala mencintai sesuatu bangsa maka ALLAH menguji mereka; barangsiapa redho maka ALLAH akan meredhoinya.  Dan barangsiapa yang marah, maka ALLAH akan memarahinya.”  (HR at-Turmudzy)
Dari Anas radhiAllahu ‘anhu berkata, Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang baik maka DIA akan menyegerakan seksaannya di dunia ini, dan apabila ALLAH menghendaki hambaNYA itu menjadi orang jahat, maka DIA akan menangguhkan balasan dosanya sehingga akan dituntut nanti pada Hari Kiamat.”
Dari ‘Aisyah radhiAllahu ‘anha bahawasanya dia bertanya kepada Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tentang wabak taun.  Kemudian Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam memberitahu kepadanya bahawa wabak taun itu merupakan seksaan yang ditimpakan oleh ALLAH Ta’ala kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNYA.  Akan tetapi ALLAH Ta’ala menjadikannya sebagai rahmat bagi orang-orang yang beriman.  Seseorang yang tetap tinggal pada suatu daerah yang dijangkiti taun dan dia sabar, malah memohon kepada ALLAH serta sedar bahawa dia tidak akan tertimpa musibah itu kecuali apabila ALLAH telah mentaqdirkannya maka dia akan mendapat pahala seperti pahalanya orang yang mati syahid.“  (HR Bukhari)
Semoga hati kita lebih tenang dan redho setelah membaca kalam-kalam yang mulia di atas. Lantas menerbitkan kesabaran yang mantap dan iman yang padu dalam menempuh ranjau hidup yang penuh mencabar di hadapan sana. Mudah-mudahan ALLAH bersama-sama kita, amin…
WAllahu Ta’ala A’lam.

Kupasan Tn Hj Ismail mengenai SAKA di Masjid Negeri Shah Alam




Kepada semua pengedar HPA dan orang ramai dijemput mengikuti program ini yang julung kali diadakan di Masjid Negeri Shah Alam Selangor. Program diadakan selepas Solat Zohor hari Ahad 1 APRIL 2012.


Ahli HPA dijemput menyertai Program Tanyalah Rektor PERUBATAN JAWi di Masjid Negeri Shah Alam pada 1 April(Ahad) bermula 1-4 ptg. Bawalah soalan tentang Perubatan Melayu Islam, Herba dan Produk HPA. Ada jualan produk dan bahan bacaan HPA.


Masuk adalah percuma.

PROGRAM PKLP BULAN APRIL



1 Hari di HPA International Center



Saturday, March 24, 2012

Kursus Penghayatan penswastaan cawangan kali ke-2

Kursus Penghayatan penswastaan cawangan kali ke-2 akan diadakan pada 24 & 25 Mac 2012 bertempat di Dewan Amir Ramadhan, Jejawi Perlis. Kepada semua pengurus caw swasta terlibat dijemput hadir. Slot akan disampaikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tn Hj Ismail Ahmad. Share on Facebook 

Wednesday, March 21, 2012

Pengumuman - Indonesia

Diberitahukan kepada seluruh STOKIS HPA bahwa PT. AWMIT masih tetap melayani Penjualan Produk-produk HPA hingga batas waktu yang akan ditentukan.

Tuesday, March 20, 2012

JAWI WATER FILTER HPA




Miliki Jawi Water Filter (HPA) dengan bank in terus ke akaun BIMB : 09010010002734 (Ismail Ahmad) maklumkan pembayaran anda ke +60125079717 dan 013929944 Sebarang pertanyaan sila hubungi :0139299944

TEMPAHAN PENAPIS JAWI FILTER

Saturday, March 17, 2012

Program Tanyalah Rektor KPJ HPA

Ahli HPA dijemput menyertai Program Tanyalah Rektor KPJ HPA,Tn Hj Ismail Hj Ahmad di Masjid Negeri Shah Alam pada 1 April(Ahad) bermula 1-4 ptg. Bawalah soalan tentang Perubatan Melayu Islam, Herba dan Produk HPA. Ada jualan produk dan bahan bacaan HPA. Masuk adalah percuma.

Friday, March 16, 2012

JADUAL PKLP BULAN APRIL

BILTARIKHLOKASI
114-April-2012HPA Cawangan Pengkalan Kubor, Kelantan
227-April-2012Dewan RFC Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan




PROGRAM KPJ DI TERENGGANU

 




KULIAH PERUBATAN JAWI
TARIKH : 17HB MARCH 2012 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN RFC KUALA TERENGGANU, TERENGGANU
MASA : 9.00 MALAM - 11.00 MALAM


PENCERAMAH : AHLI PANEL SYARIAH AL FADHIL USTAZ ZOLKHARNAIN ABIDIN AL HAFIZ
                             : WAKIL PENGARAH URUSAN HPA INDUSTRIES SDN BHD

Thursday, March 15, 2012

PKLP Shahab Perdana

PERATURAN TAMBAHAN PENGANJURAN PKLP

PKLP Taiping

PKLP 17MAC DI CAWANGAN IPOH




Tempat: HPA Cawangan Ipoh. Persiaran Greentown, Pusat Perdagangan Ipoh.
Tarikh: 17 Mac 2012
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.
PERCUMA

Pengarah PKLP Ipoh: PJS Hj Jamaluddin Md Noor.
Modul Gempur Pasaran Radix: PJS Cikgu Mohd Sani Ibrahim
Modul Gempur Bonus: PJS Mohd Ismahali Mohd Ridwan.
Modul Gempur Herba: PJS Hafidzan Faudzi
Ikon Radix (lelaki): PJS Abdullah Abdul Rahim
Ikon Radix (wanita):

Pengerusi Majlis: PJS Herbalis Rohaizan.

Syarat –syarat untuk maintain PKLP Bermula 1 MAC 2012

1. Maintain hanyalah boleh dilakukan di cawangan sahaja .
2. Syarat maintain sebulan MESTILAH 100 nm dan keatas
3. Tempoh maintain adalah selama 1 bulan pada bulan semasa
4. Bagi PKLP yang berlangsung pada 25 hb dan keatas iaitu minggu akhir setiap bulan, maka maintain diambilkira pada bulan semasa atau boleh dilanjutkan pada bulan berikutnya.

maklumat lanjut sila layari http://www.hpanet.my/hpanet/arkib_berita.php
— in Kangar, Perlis.

Perlantikan Pengurus Besar AWM yang baru

Salam, adalah dimaklumkan kepada semua ahli diseluruh Malaysia bahawasanya USTAZ ZOLKHARNAIN BIN ABIDIN telah dilantik sebagai Pengurus Besar (GM) AWM yang baru berkuatkuasa 1 Mac 2012. Semua urusan berkaitan anak syarikat AWM tertakluk kepada arahan beliau. Sekian harap maklum 

Monday, March 12, 2012

Berita Duka

Segenap Direksi dan Manajemen PT. AWMIT mengucapkan :
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'un" atas meninggalnya :

Bpk. Supardi bin Ibrahim ayahanda dari Bpk. BIBIT SUPARDI (PJS Batam) pada hari Sabtu, 16 Rabi'ul Akhir 1433 H / 10 Maret 2012 pkl. 18:20 waktu setempat.


Semoga Allah menerima segala amal ibadahnya, menganpuni segala kesalahannya dan memberikan kekuatan dan ketabahan bagi keluarga yang ditinggalkannya. Amiin..

KPJ Narathiwat

KPJ Narathiwat : dijemput semua ahli HPA Thailand ikuti Kelas Perubatan Jawi PKJ di Banggol Renab, Marebo Tjatoh, Ranget, Narathiwat, Thaland.
12hb Feb 2012
jam 8.30 pagi – 4.00 petang khas wanita
jam 7.30 mlm – 11.00 mlm khas lelaki
DI dibawah pimpinan PJM Siti Habibah ( Kak habib) dan suami
PJM Hasan Salaema dan Abang berdua kak ni,

Pejabat Pemasaran AWM telah berpindah

Merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Pemasaran AWM telah berpindah ke pejabat yang baru iaitu di Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam, Arau Perlis. Oleh yang demikian talian telefon bahagian pemasaran AWM yang baru ialah 04-9774270 manakala no. faks ialah 04-9775270.
Sekiranya pihak cawangan menghadapi kesulitan sila hubungi kami seperti alamat yang tertera :
Al Wahida Marketing Sdn. Bhd.
(Bahagian Pemasaran)
Lot 1985, Kompleks Wahida, Jalan Jejawi Dalam 02600,
Arau Perlis.
No. Tel : 04-9774270
No. Faks : 04-9775270
Email : wahida@hpa.com.my / alwahidamarketing@yahoo.com
Website : www.hpa.com.my
Kerjasama daripada semua pihak amatlah dihargai. Sekian terima kasih.

Saturday, March 10, 2012

SET COLON CLEANSING HPA


Set colon cleansing merupakan sinergi yang sangat baik bagi menjaga kesihatan usus kita.
Terdiri daripada sinergi 3 Herba iaitu Herba Spirulina, Herba Tuju Angin dan Herba Pelawas.

Herba Spirulina


Kelebihan spirulina:Spirulina (Arthospira) adalah sejenis rumpai laut berwarna biru kehijauan dan telah dijadikan sebagai makanan kesihatan dan perawatan melalui penelitian dan kajian para ahli duniasejak puluhan tahunyang lalu. Sumber anti toksik yang tinggi sangat sesuai dijadikan amalan harian untuk masyarakat yang terdedah kepada makanan dan minuman yang mengandungi toksid, yang menurunkan imunisasi dan menyebabkan perbagai penyakit. Spirulina mudah diserap kedalam tubuh dan sesuai untuk semua peringkat umur.
1.Bertindak sebagai anti virus
2.Menurunkan kadar kolesterol.
3.Menaikkan imunisasi badan.
4.Mempercepatkan penyembuhan luka luar dan dalam.
5.Beta karotin untuk menguatkan penglihatan.
6.Vitamin B12 membantu membentuk sel darah merah dan sum-sum.
7.Zat besi membantu menguatkan sel darah merah dan menguatkan pertahanan badan.
8.Mengatasi kelemahan tubuh badan.
9.Bahan pengganti khusus kepada kanak-kanak yang tidak suka makan sayur.
Komposisi (60 Kapsul per botol) :Spirulina
Dos :1-2 kapsul pagi, dan 1-2 kapsul malam



Herba Pelawas

Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus.
·Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.
·Pelawas bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas.
·Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan kerana itu Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.
·Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar.
·Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).
·Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.

Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.

Kandungan Bahan: Ipmea Reptans
Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.
Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol


Herba Tuju Angin


Kandungan herba utama dalam produk ini ialah Teras Teja Lawang  dan Akar Mengkudu Hutan disamping Halban dan Larak Hutan.
Khasiat Herba Tuju Angin:
1. Memperbaiki proses penghadaman dan juga melawaskan usus.
2. Mempercepatkan penyembuhan luka di dinding usus.
3. Apabila disinergikan dengan herba lain ia mampu menguatkan jantung (kardiotonik). Amat baik bagi mereka yang lemah jantung sekaligus mendatangkan kesan afrodisiak atau memulihkan tenaga batin.
4. Dapat mengatasi angin meroyan kalau disinergikan dengan herba lain.
5. Mengatasi perut kembung
6. Menghilangkan rheumatik
7. Mengatasi migrain
8. Mengatasi gastrik
9. Menghilangkan kesemutan(kebas) pada hujung jari
10. Meredakan sakit sendi
11. Hilang selera makan

Komposisi: 75 kapsul satu botol
Dos: 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam

Jangan tunggu lagi !!!!!
Set Colon Cleansing cuma RM 65 sahaja !!!! 
Setiap orang mesti memiliki satu Set Colon Cleansing !!!
Dapatkan segera Set Colon Cleansing di Cawangan2 serta Stokis2 HPA berdekatan anda.

Tuesday, March 6, 2012

PKLP NILAI


Produk baru MINYAK GOOD-GOOD boleh didapati di cawangan Nilai
Mohamad Rizal sibuk melayan pelanggan sejurus cawangan dibuka
Ucapan alu-aluan oleh pengerusi komuniti cawangan Nilai Ustz ABDULLAH

PJS RAHMAT menyampaikan slot halal haram & profile HPA
PJS MIRZAHTUL LAILA bersemangat dalam menyampaikan slot gempur pasaran radix
PJS ROGAYAH turut serta menjayakan program PKLP dengan menyampaikan slot colon cleansing
Penyampaian hadiah kepada ikon yang dijemput khas dari kelantan (Abg Zul & Kak Ani)
Program sentuhan rohani oleh PJS Rahmat sebelum program penutup

Bergambar beramai-ramai peserta PKLP bersama pjs HPA

PKLP SKUDAI


kehadiran peserta ketika program baru sahaja dijalankan
Nasyid beramai-ramai
Antara pjs yang turut sama menjayakan program ini
Warga emas juga tidak ketinggalan menhadiri program pklp
Kehadiran peserta yang amat memberangsankan
Pjs Ahmad Syaffik menyampaikan slot gempur pasaran radix
slot LDK peserta bersama pemimpin
pjs maslizar menerangkan slot colon cleansing
Bersama-sama menyanyikan lagu wajib semasa pklp (susah senang kita bersama)
Antara penceramah pada program tersebut ust noorashid

Saturday, March 3, 2012

PAMERAN KHK DI RUMAH WILAYAH PERSEKUTUAN



Sukacita dimaklumkan bahawa KHK akan mengadakan pameran di Rumah Wilayah Persekutuan bersempena Hari Keluarga BKAN Wilayah Persekutuan. Butirannya seperti berikut;

Tarikh : 4,5 & 6 Mac 2012
Tempat : Rumah Wilayah Persekutuan, Hayyu Sabi'
Waktu : Bermula selepas Asar


Antara yang menarik di pameran KHK ialah;

1. Pameran KHK dan HPA
2. Pameran buku-buku perawatan JAWI dan tokoh perubatan Islam.
3. Khidmat diagnos tapak tangan dan iridologi.
4. Akupunktur dan bekam.
5. Jualan alat rawatan.

Bagi yang berkelapangan, anda dijemput hadir ke sana untuk melihat pameran atau berhubung secara terus dengan pihak KHK untuk sebarang urusan, insyaAllah.

Syarat Maintain PKLP yang Baru

Preview